S: kenapa SARAWAK tak pakai LRT?
J: Sebab kalau pakai LRT tak jugak digunakan sebab orang SARAWAK majoriti pakai kereta. Sekurang-kurangnya viva. Mana ada nak pakai motor, apa lagi nak naik LRT. Tak caye boleh tengok kat trafik light, boleh kira berapa biji je motor.
S: Kenapa SARAWAK takde shopping complex power power macam 1Utama, Times Square, Sunway Piramid?
J: sebab orang melancong kat SARAWAK bukan nak tengok bangunan, diaorg nak tengok hutan simpan, panjat gunung, tengok orang utan and banyak lagi. Kalau nak tengok bangunan baik tak payah melancong, negara diaorg pun lagi tinggi-tinggi and power power shopping complex.
S: betol ke orang SARAWAK tinggal kat atas pokok?
J: BETUL!! tapi tu bukan orang, tu orang utan. Mesti tau nak beza orang betul dengan orang utan, jangan jadi bangang.
S: SARAWAK takde highway? Ohmaigod! Mesti jalan jammed.
J: Bagus laa takde highway. NO HIGHWAY NO TOLL. Takde laa kami membazir duit semata-mata nak lalu jalan. Duit tol pegi kerja RM1.20, balik kerja RM1.20. Try kumpul dalam masa sebulan dapat lah rm72 dah boleh bayar astro. Ada highway kat sana pun jammed jugak. Sia-sia lah bayar tol. Who smarter?
S: Dengar-dengar di SARAWAK selalu blackout. REALLY?
J: Ya. Tak jugak kami jakun nak celebrate EARTH HOUR. Bagus laa dapat jugak jimat duit hujung bulan. HAHA.
S: Apa yang bagus sangat SARAWAK yang kau bangga-bangga kan sangat ni?
J: Di SARAWAK ni takde pape, kuno, takde LRT, takde highway, Jambatan Putrajaya, KLCC, KL Tower,Sunway Piramid, Sunway Lagoon. Tapi di SARAWAK ada Kampung Budaya yang melambangkan pelbagai kaum & etnik yang hidup brsatu padu walaupun berbeza adat & kepercayaan. Kami tak bangga pun nak ada bangunan sebab hasil petroleum, sawit, getah, kayu balak dan lain-lain dari negeri ni yang dijadikan modal untuk membangunkan bangunan disana.
p/s: Untuk apa kita berbangga dengan kejayaan yang diciptakan hasil daripada usaha org lain.
Proud to be SARAWAKIAN.
#COPIED